Sign In
Pengerusi Puspanita

Pengerusi PUSPANITA MOT

Salam Sejahtera.Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur kerana Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-40 PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan (MOT) dapat diadakan pada tahun ini. Tahun ini juga merupakan tahun ke-40 persatuan ini ditubuhkan. 40 tahun persatuan ini melakar sejarah bagi memperkasa ahlinya.



Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) PUSPANITA Cawangan MOT Tahun 2021/2023 kerana telah menunjukkan usaha yang gigih dan cemerlang dalam memastikan pentadbiran persatuan berjalan lancar. Sekalung penghargaan juga buat ahli-ahli PUSPANITA Cawangan MOT di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan setiap program dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2022.


Sepanjang tahun 2022, PUSPANITA Cawangan MOT telah berjaya melaksanakan 40 progam dan aktiviti dengan memfokuskan kepada kebajikan, keusahawanan, kesejahteraan dan kesukanan yang sekaligus membolehkan ahli untuk menimba ilmu dan memperluaskan pengetahuan, menggilap potensi dan bakat serta meningkatkan daya kepimpinan melalui aktiviti yang telah dijalankan.

PUSPANITA Cawangan MOT telah merancang lebih banyak program dan aktiviti sepanjang tahun 2023 bagi memastikan jaringan perhubungan di antara ahli dan barisan kepimpinan serta masyarakat dapat diperkukuh dan dieratkan. Diharapkan agar program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan kerjasama ahli dan barisan AJK. Idea dan buah fikiran serta pandangan semua ahli amatlah dialu-alukan bagi tujuan ini.


Di kesempatan ini, saya merakam ucapan terima kasih kepada semua ahli yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Ke-40 PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan dan diharapkan perjumpaan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli dan mencapai objektif yang ditetapkan.


Selamat bersidang kepada semua.

“Wanita Sepakat, Negara Meningkat”

Akhir kata, saya bagi pihak AJK PUSPANITA Cawangan MOT mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah berkerjasama dalam menjayakan AGM Ke-40 ini.

Salam hormat dan terima kasih.

Ikhlas daripada,

YBHG. DATIN POOVAI A/P KARUPPANNA
Pengerusi PUSPANITA (2022 hingga kini)
Cawangan Kementerian Pengangkutan

​​