Sign In
Pengerusi Puspanita

Pengerusi PUSPANITA MOT

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, buku Laporan Tahunan PUSPANITA 2019 dapat diterbitkan.

PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan (MOT) bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli, menggalakkan perkembangan pengetahuan serta kemahiran dan kemajuan diri, mengeratkan perhubungan dengan pertubuhan di agensi-agensi lain dan menjalankan kerja amal. Sepanjang tahun 2019, PUSPANITA Cawangan MOT terus aktif menganjurkan aktiviti-aktiviti kepada semua ahli-ahlinya bagi mencapai tujuan di atas.

Saya berharap dan mendoakan agar PUSPANITA Cawangan MOT akan terus aktif pada masa akan datang. Syabas dan tahniah kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan MOT yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam segala aktiviti yang dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,

YBHG. DATIN NOOR LAILI BINTI HJ HAMZAH
Pengerusi PUSPANITA (2020 hingga kini)
Cawangan Kementerian Pengangkutan

​​