Tabung PUSPADARA PUSPANITA telah ditubuhkan berdasarkan kelulusan Pendaftar Pertubuhan melalui pindaan Undang-undang Kecil di bawah Perkara 26, Perlembagaan PUSPANITA pada 16 September 2009. Antara objektif utama penubuhan Tabung ini adalah untuk memberi sumbangan berbentuk kewangan dan perlatan perubatan kepada ahli dan keluarga iaitu suami dan anak-anak yang menghidap barah atau penyakit-penyakit lain mengikut senarai penyakit yang diluluskan (keutmaan kepada pesakit barah). PUSPANITA melalui Tabung turut bertanggungjawab menjalankan aktiviti/program dengan Kerjasama Agensi/Jabatan/ Kementerian Kerajaan atau Swasta berkenaan dengan punca, pencegahan dan rawatan sebagai pendidikan kepada Ahli PUSPANITA.
Hakcipta Terpelihara © Copyright 2019 Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pengangkutan Malaysia