Sign In
Info Yuran Keahlian

1. Kad keahlian PUSPANITA sebelum ini tidak mempunyai sebarang nilai tambah memandangkan ianya adalah sekadar lambang pengenalan keahlian. Sehubungan itu bagi menghargai semua ahli, PUSPANITA Kebangsaan selaku organisasi pengurusan Persatuan telah menjalankan beberapa usaha untuk menambah baik keahlian dengan memberikan manfaat kepada ahli melalui kad keahlian. Sehingga kini, PUSPANITA Kebangsaan telah berjaya menjalinkan kerjasama dengan pihak Jakel, Ariani, Restoran Pine Kitchen, Mavi Jeans dan Lenovo. Pada masa akan datang beberapa lagi syarikat telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan PUSPANITA. Hasil daripada kerjasama ini, ahli PUSPANITA akan mendapat beberapa manfaat antaranya ialah diskaun istimewa ketika berbelanja barangan mahupun perkhidmatan daripada syarikat mereka.

2. Justeru itu, PUSPANITA Kebangsaan telah memperkenalkan kad keahlian yang berwajah baharu bagi permohonan keahlian baharu mahupun penukaran kad bagi ahli yang telah berdaftar. Bagi tujuan ini, caj yang dikenakan adalah sebanyak RM10.00 sahaja. Untuk makluman juga, manfaat yang ditawarkan kepada ahli PUSPANITA oleh syarikat-syarikat di atas hanya terpakai bagi kad keahlian yang baharu sahaja.


Capaian Pendaftaran Secara Atas Talian dan Semakan: Klik sini ke capaian Sistem

Manual pengguna: Klik untuk melihat manual penggunaan sistem: