Logo PUSPANITA
  • Halaman Utama
  • Perutusan Pengerusi
  • AJK
  • Yuran Keahlian
  • Tabung Latihan
  • Tabung PUSPADARA
Tabung Puspadara PUSPANITA

PENGENALAN

Tabung PUSPADARA PUSPANITA telah ditubuhkan berdasarkan kelulusan Pendaftar Pertubuhan melalui pindaan Undang-undang Kecil di bawah Perkara 26, Perlembagaan PUSPANITA pada 16 September 2009. Antara objektif utama penubuhan Tabung ini adalah untuk memberi sumbangan berbentuk kewangan dan perlatan perubatan kepada ahli dan keluarga iaitu suami dan anak-anak yang menghidap barah atau penyakit-penyakit lain mengikut senarai penyakit yang diluluskan (keutmaan kepada pesakit barah). PUSPANITA melalui Tabung turut bertanggungjawab menjalankan aktiviti/program dengan Kerjasama Agensi/Jabatan/ Kementerian Kerajaan atau Swasta berkenaan dengan punca, pencegahan dan rawatan sebagai pendidikan kepada Ahli PUSPANITA.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TABUNG PUSPADARA PUSPANITA

  • Pemohon hendaklah terdiri daripada ahli PUSPANITA. Keutamaan akan diberikan kepada Ahli Seumur Hidup.
  • Bagi ahli yang sudah berkahwin, permohonan bagi ahli keluarga iaitu suami dan anak-anak yang berumur kurang dari 21 tahun layak dipertimbangkan.
  • Bagi ahli yang sudah berkahwin, permohonan boleh dipertimbangkan bagi ibu dan bapa sahaja.
  • Permohonan perlu disertakan resit terkini pembayaran yuran ahli serta laporan lengkap dan terkini daripada Pakar Perubatan Hospital Kerajaan atau swasta mengenai penyakit yang dihidapi.
  • Sumbangan juga boleh diberikan kepada pesakit yang baharu sahaja meninggal dunia. Walau bagaimanapun, penyakit mestilah penyakit yang disenaraikan dalam Tabung.
  • Sumbangan akan diberikan kepada pemohon (ahli) sekali seumur hidup dan pemohon mestilah membuat pengakuan di borang permohonan bahawa tidak pernah menerima sumbangan daripada Tabung sebelum ini.
  • Semua permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan melalui cawangan Kementerian/Negeri/Daerah serta mendapat pengesahan dan sokongan Pengerusi cawangan sebelum dihantar kepada urusetia Tabung.

  • KADAR SUMBANGAN BAGI SETIAP PERMOHONAN

    Kadar sumbangan bagi setiap permohonan adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Tabung dan sumbangan kewangan hanya diberikan sekali seumur hidup bagi pemohon (ahli).

    SENARAI PENYAKIT YANG DISENARAIKAN DALAM TABUNG PUSPADARA PUSPANITA

  • Kanser (Cancer)
  • Jangkitan HIV melalui Pemindahan Darah
  • Kegagalan Buah Pinggang
  • End Stage Lung Diseases
  • Lumpuh Anggota Badan
  • Benign Brain Tumor
  • Buta (Total Permanent Blindness
  • Brain Sugery
  • Pembedahan Saluran Darah Aorta
  • AIDS
  • Major Burns
  • Major Organ Transplant
  • Motor Neurone Diesase
  • Pulmonary Hypertension
  • End Stage Liver Disease
  • Pekak (Total Permanent Deafness
  • Muscular Dystrophy
  • Alzheimer's Disease
  • Poliomyelitis
  • Penyakit yang boleh membawa maut (Terminal illness)
  • Apallic Syndrome
  • Parkinson's Disease
  • Accidental Head Injury Resulting in Major Head Trauma
  • Aplastic Anaemia
  • Fulminant Hepatitis
  • Encephalitis
  • Multiple Sclerosis
  • Bacterial Sclerosis
  • Heart Valve Surgery
  • Bisu (Loss of Speech)
  • Koma (Coma)
  • -

    SENARAI JENIS-JENIS PERALATAN PERUBATAN

  • Kerusi Roda Standard
  • Kerusi Roda Recliner
  • Kerusi Roda DAF
  • Push Chair Compact
  • Walking Frame Fold/Unfold
  • Cructhers
  • Suction Pump
  • Ripple Matress
  • Glucometer
  • Commode Chair
  • Commode Wheelchair
  • Stoma Bags
  • Kimoport (kanser)
  • CAPD Set
  • Aerochamber Kanak-Kanak
  • Aerochamber Dewasa
  • BP Monitoring Set
  • Nebulizer
  • Cermin Mata Khas
  • Walking Stick
  • Braille Materials
  • -

    Hubungi Kami:

    PUAN SITI NUR AINA BINTI NORSARIPUDDIN Setiausaha PUSPANITA Kementerian Pengangkutan Malaysia
    Tel: 03-8892 1318
    E-mail: aina@mot.gov.my

    Lawati Pautan: PUSPANITA KEBANGSAAN


    Media Sosial


    Ikuti kami di Facebook PUSPANITA Cawangan MOT


    Hakcipta Terpelihara © Copyright 2019 Bahagian Pengurusan Maklumat,
    Kementerian Pengangkutan Malaysia