Tabung Latihan PUSPANITA

Pengenalan

Tabung Latihan PUSPANITA (TLP) ditubuhkan pada tahun 1998. Pelancarannya telah diadakan pada 7 hb Ogos 1998 oleh Y. A. Bhg. Datin Paduka Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali selaku Pengerusi PUSPANITA Kebangsaan.


Tujuan

Memberi bantuan kewangan dan perkhidmatan kepada lepasan pelajar sekolah untuk mengikuti kursus kendalian:

  1. Kementerian Pengajian Tinggi
  2. Kementerian Pelajaran Malaysia
  3. Kementerian Sumber Manusia
  4. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  5. Kementerian Belia dan Sukan
  6. Kolej Universiti Lim Kok Wing
  7. ELS Language Centre Malaysia

Objektif

Tabung ini ditubuhkan untuk memberi bantuan pendidikan kepada pelajar Malaysia amnya dan anak-anak ahli PUSPANITA khususnya. Objektif TLP adalah seperti berikut:-

  1. Memberi keutamaan kepada ahli-ahli yang aktif tetapi kurang mampu untuk menghantar anak-anak mereka yang berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran di institusi terpilih.
  2. Memberi maklumat dan panduan berkenaan bidang-bidang kursus yang ditawarkan oleh institusi terpilih.
  3. Mengenalpasti institusi penganjur yang bersedia memberikan kursus / membiayai pelajar-pelajar.
  4. Memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mengikuti kursus-kursus tertentu di Institusi terpilih.

Syarat Permohonan Tabung Latihan PUSPANITA

Tabung Latihan PUSPANITA (TLP) ditubuhkan pada tahun 1998. Pelancarannya telah diadakan pada 7 hb Ogos 1998 oleh Y. A. Bhg. Datin Paduka Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali selaku Pengerusi PUSPANITA Kebangsaan.

  1. Permohonan mestilah ahli PUSPANITA dan telah menjadi ahli tidak kurang 2 tahun.
  2. Diberi keutamaan kepada ahli-ahli yang aktif dengan pendapatan keluarga tidak melebihi RM 7,000.00 sebulan.
  3. Semua permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi:-

    • Borang Tabung Latihan PUSPANITA
    • Lampirkan dokumen yang disenaraikan
    • Salinan Kad Keahlian
    • Salinan resit keahlian semasa
    • Salinan sijil kelahiran anak
    • Salinan kad pengenalan anak
    • Salinan slip gaji suami dan isteri terkini
    • Salinan surat tawaran
    • Salinan resit pembayaran semasa pendaftaran
    • Salinan muka hadapan buku akaun ahli / slip pengesahan bank
    • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan (surat cerai/sijil kematian/dll)

  4. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan diproses.
  5. Semua permohonan mesti melalui Cawangan Kementerian / Negeri untuk dibuat pengesahan sebelum dihantar kepada Urus Setia TLP peringkat kebangsaan. Sila pastikan boring permohonan dilengkapkan dengan maklumat dan dokumen yang dikehendaki.
  6. Jumlah bantuan kewangan akan diputuskan oleh Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA.
  7. Keputusan Lembaga Tabung Latihan PUSPANITA adalah muktamad.
  8. Muat Turun:-
    * Borang Permohonan
    * Borang Tabung Bantuan Latihan