Pengerusi PUSPANITA MOT

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja kerana telah menunjukkan usaha yang gigih dan cemerlang dalam memastikan Pentadbiran Persatuan diuruskan dengan penuh amanah, telus dan berintegriti. Tidak dilupakan sokongan serta kerjasama ahli-ahli PUSPANITA Cawangan MOT kepada program-program dan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan amatlah dihargai.

Pelbagai aktiviti juga telah dianjurkan oleh PUSPANITA atas prinsip solidarity dan esprit de corps. InsyaAllah, program-program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memastikan jaringan perhubungan di antara ahli dan barisan kepimpinan dapat diperkukuhkan dan dieratkan.

Saya menyeru kepada semua ahli agar teruskan memberi kerjasama di dalam setiap penganjuran program dan aktivti oleh PUSPANITA dan bersama-sama berganding bahu agar ianya mencapai matlamat dalam setiap program yang direalisasikan. Idea dan buah fikiran serta pandangan semua amatlah dialu-alukan dalam memastikan bahawa program/aktiviti yang dirancang adalah memenuhi keperluan dan harapan semua ahli. Keterbatasan sumber kewangan serta kekangan masa menjadi sedikit halangan kepada barisan AJK selama ini dalam mengadakan program yang berskala besar selama ini. Namun saya percaya bahawa jaringan kerjasama yang semakin erat di antara ahli dan barisan AJK yang dilantik akan menjadi pemangkin kepada kita untuk mengatasi halangan tersebut di masa hadapan.

Sekian.

“ Wanita Sepakat, Negara Meningkat”

Ikhlas daripada,

YBHG. DATIN MAISARAH MOKHTAR
Pengerusi PUSPANITA (2019 hingga kini)
Cawangan Kementerian Pengangkutan