Perutusan Pengerusi

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera

Syukur Alhamdulillah, dengan segala limpah kurniaNya, kita dapat berkumpul untuk sama-sama bermesyuarat pada Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan (MOT) Ke-33 pada tahun ini.

Selain itu, terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PUSPANITA MOT di atas kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan Perutusan Pengerusi. Tidak lupa juga penghargaan untuk Mantan Pengerusi, YBhg. Datin Sri Jamaliah binti Othman yang telah berjaya meneraju dan memimpin PUSPANITA Kementerian Pengangkutan pada tahun lalu. Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua ahli PUSPANITA MOT terhadap komitmen dan sokongan yang telah diberikan sepanjang tahun 2015.

Semoga PUSPANITA MOT dapat meneruskan kerjasama dengan PUSPANITA Kebangsaan, PUSPANITA Cawangan Kementerian lain atau pertubuhan lain bagi mencapai objektif PUSPANITA dengan menggalakkan penglibatan kaum wanita dalam pelbagai aspek pembangunan diri, keluarga dan kerjaya.

Akhir kata, dengan penuh takzim, sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak bagi membolehkan PUSPANITA MOT melaksana dan menjalankan tanggungjawabnya dengan cekap dan berkesan. Harapan saya semoga semua ahli PUSPANITA telah mendapat manfaat yang positif melalui penglibatan dalam pelbagai program yang telah dilaksanakan.

Sekian.

Salam Sehati Sejiwa


YBHG. DATIN SERI RUZAINA WAN HANIFF
Pengerusi PUSPANITA
Cawangan Kementerian Pengangkutan