Objektif

OBJEKTIF / TUJUAN / DASAR

  • Merapatkan hubungan muhibbah yang menyatupadukan isteri-isteri dan anggota perkhidmatan awam di semua peringkat perkhidmatan.
  • Menggalakkan perhubungan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli dan keluarga mereka serta masyarakat.
  • Menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.
  • Mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar demi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di Negara ini. Boleh memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada kerajaan, membeli, menyewa dan sebagainya. Cawangan-cawangan boleh memiliki tanah, bangunan dan asset-aset atau sebagainya untuk kebajikan dan faedah ahli.