Latar Belakang

LATAR BELAKANG

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kecil MOT ditubuhkan dengan tujuan untuk merapatkan perhubungan muhibbah dan menyatupadukan warga wanita dan isteri-isteri warga lelaki MOT. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli PUSPANITA MOT.PUSPANITA Cawangan Kecil MOT mempunyai keahlian seramai 758 orang ahli sehingga Tahun 2010.